Thursday, February 10, 2011

Cucur Dodol



 
Bahan-Bahan:
1.Dodol (di potong empat segi kecil2)
2.Tepung gandum
3.Air
4.Minyak masak
Cara:
1.Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga ia menjadi adunan untuk membuat cucur.
2.Masukkan potongan dodol di dalam adunan.
3.Panaskan kuali dan goreng dodol bersalut tepung di dalam minyak masak yang tenggelam.
Cadangan Hidangan:
Sedap di makan masa hidangan masih panas.
Tambahan:
Seronok makan waktu petang

Agar-agar Belang




E
Bahan-Bahan:
37.5 g agar-agar
45 g mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat
4 cawan air
1 sudu besar Nescafe
1 sudu besar air panas dicampurkan
½ sudu teh esen vanila
Bahan pewarna
Cara:
Masak agar-agar hingga hancur. Angkat dan ditapis. Pukul gula dengan mentega hingga kembang, masukkan kuning telur dan susu pekat. Masukkan esen vanila kacau supaya rata. Bahagilan kepasa 3 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan bancuhan Nescafe, satu ikut suka dan satu lagi biarkan kosong. Tuangkan ke dalam acuan. selang-selikan warnanya. Biarkan sampai beku.


Asam Pedas Tulang Mommy





Bahan-Bahan:
BAHAN A:
1kg tulang lembu//kambing

BAHAN B:
cili kering 10tangkai ( ikut citarasa)
10biji bawang merah
5biji bawang putih
1inci halia
sedikit belacan

BAHAN C :
3batang serai dibakar dan ketuk
1inci lengkuas dibakar dan ketuk
3ulas bawang merah (dihiris halus)
sedikit halba
air asam jawa
garam dan bahan perasa (secukup rasa)
kerisik
Cara:
rebus tulang sehingga empuk dan ketepikan

kisar bahan2 B sehingga halus

panas kan minyak , masukkan bahan2 C dan seterusnya tumis sehingga naik bau nya

masukkan bahan B ; goreng garing .
apabila sudah garing , masukkan tulang yang direbus dan gaul sehingga sebati .
masukkan air asam jawa dan semangkuk air , garam , kerisik dan bahan perasa .
angkat setelah mendidih .
masukkan daun limau purut(ikut citarasa anda)
Cadangan Hidangan:
hidangan boleh dimakan bersama sama nasi putih , ikan kering dan sambal belacan . ianya jga boleh dicicah bersama roti .
Tambahan:
anda semua mesti mencuba resepi ini . pasti anda gemari nya . tulang juga boleh diganti dgn daging tetel . jika ingin kan lebih byk resepi email kan ke yati_61@yahoo.com



Saturday, February 5, 2011

Mi Kari Semarak Kasih





Bahan-Bahan:
BAHAN A :
300 gm ayam (di potong dadu)
500 gm udang basah (sederhana besar di kupas kulit kemudian rebus kulit udang untuk diambil air rebusan itu)
50 ml santan pekat
1 kuntum bungan kantan (diceraikan)
50 gm bebola ikan (fish ball)dibelah 4
50 gm fish cake dipotong kecil


BAHAN B :
3 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 peket kecil serbuk kari ayam
1 kuntum bunga cengkih,lawang, buah pelaga dan kayu manis




BAHAN C :
5 pokok sawi hijau
50 gm taugeh
1 kilo mi kuning

BAHAN D :
3 biji lada merah (dihiris)
1 biji tomato merah (dihiris)
3 biji tauhu dipotong dadu dan digoreng
Bawang goreng
Cara:
1. Kisar bahan B, kemudian tumiskan bungan cengkih, lawang buah pelaga dan kayu manis dahulu kemudian masukkan bahan yg dikisar itu tadi dan tumis hingga naik bau(minyak).
2. Masukkan bahan A dimulakan dengan air rebusan udang, kemudian masukkan ayam rebus hingga empuk bersama bungan kantan, setelah itu masukkan udang beserta fish ball dan fish cake dan akhir sekali santan. Rebus hingga mendidih.
3. Celurkan bahan2 C kemudian tapis hingga kering air.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama bhan D sebagai hiasan.
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk 4-6 orang bagi satu hidangan.



Mee Goreng Mafia





Bahan-Bahan:
BAHAN A

3 sudu besar minyak masak
½ bawang putih(blender)
sedikit halia (blender)
2 sudu cili boh
5 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos plum
BAHAN B

mi kuning (celur)
10 ekor udang
10 ekor lala/ kerang
isi ketam
2 ekor sotong dihiris halus
5 sudu besar stok daging
1 telur ayam
Cara:
panaskan minyak, masukkan bawang dan halia serta cili boh. masak hingga kering. masukkan udang, lala, ketam dan sotong.kacau. masukkan mi. kemudian kicap pekat dan sos plum.kacau. masukkan garam secukup rasa dan masukkan telur ayam. kacau hingga kering.siap.
Cadangan Hidangan:
perah limau setelah siap. selain itu boleh taburkan daun sup dan bawang goreng.
Tambahan:
boleh juga gantikan mi dengan mihun atau kwayteow. warna mi selepas masak adalh hitam jadi pastikan kicap digunakan secukupnya.


Maggi Kuah Manchester




Bahan-Bahan:
satu bungkus maggi kari
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar cili giling
4 ulas bawang merah (dihiris kecil)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
200 gram udang
200 gram isi ayam (dipotong dadu)
150 gram bebola ikan (optional)
lada hitam (secukup rasa)
sos cili (1-2 sudu besar)
1 sudu kicap manis
½ batang carrot (sederhana besar)
sedikit kobis (dihiris)
sedikit bunga kobis
sebiji tomato (dipotong empat)
sepokok sawi (dipotong)
sebiji cili merah (dihiris)
sebiji telur
bawang goreng (jika suka)
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing. Masukkan cili giling dan masak sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Selepas itu masukkan ayam dan seketika itu masukkan udang atau bebola ikan. Tambah 2 cawan air dan tutup dengan penutup sampai mendidih.
Kemudian perlahankan api, masukkan sebungkus perencah maggi kari, sos cili, lada hitam dan kicap manis. Masukkan kobis dan bunga kobis dan pecahkan telur. Bila telur dah agak masak, masukkan maggi dan sawi yg telah dihiris. Akhir sekali masukkan tomato. Angkat dan hidang dengan hirisan cili dan bawang goreng.
Cadangan Hidangan:
Hidangan untuk 1-2 orang.


Kueteau Daging




 
Bahan-Bahan:
150 gm kueteau
200 gm daging (direbus)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil cili kisar
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji telur
Sedikit stok daging
Sedikit sayur-sayuran
Garam & minyak masak
Cara:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, daging & stok daging. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran, kueteau, bancuhan tepung jagung & telur. Kacau perlahan-lahan sehingga masak. Angkat & hidangkan.

Char Keow Teow



 
Bahan-Bahan:
BAHAN A

1) Kicap sotong/kicap mee - 1/3 cawan(kat carrefour pun ada)
2) Kicap pekat - 2 sudu
3) Ajinomoto
4) Air - 2 cawan
BAHAN B

1) Minyak masak - 3 sudu
2) Keow teow - 1 mangkuk
3) Cili boh - 2 sudu
4) Telur - 1 biji
5) Udang besar - 3 ekor
6) Isi kerang - 10 biji
7) Daun kucai
8) Tauge
Cara:
BAHAN A
* Dicampur di dalam periuk & dipanaskan di atas api.
* Secukup rasa masin & manis.
* Dibiarkan sentiasa panas untuk mempercepatkan proses memasak keow teow.

CARA SETERUSNYA
* Panaskan minyak masak
* Masukkan udang & kerang
* Masukkan cili boh
* Masukkan daun kucai & tauge
* Masukkan keow teow
* Masukkan 2-3 senduk BAHAN A
* Masukkan telur
Cadangan Hidangan:
*Cadangan hidangan adalah untuk satu orang.
Tambahan:
*Sukatan bahan terpulang mengikut citarasa anda.
* Tempoh memasak yang singkat - 5 minit
*Anda cuba dulu. Baru tahu originality resepi ini.


Bebola Shanghai




Bahan-Bahan:
3 camca besar minyak masak
10 gm timun laut (dipotong dadu)
50 gm isi ikan Maw (dipotong dadu)
10 gm cendawan hitam (dipotong dadu)
30 gm bawang putih (dikisar)
20 gm bawang besar (dipotong dadu)
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos soya cair
½ camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh tepung jagung
100 gm air
200 gm tepung sagu kentang
Cara:
Panaskan 1 camca besar minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau.

Kemudian masukkan timun laut, ikan Maw, candawan hitam dan bawang besar yang telah dipotong dadu. Goreng hingga sebati.

Masukkan sos tiram, sos soya cair dan lada sulah. Kacau hingga sebati.

Masukkan 1/2 camca teh tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air untuk memekatkan kuah. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

Bancuh air dan tepung sagu kentang di dalam mangkuk dan gaul hingga menjadi doh.

Kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian dan canai nipis menjadi ladu.

Masukkan inti ke dalam setiap ladu dan bungkus seperti kuih pau. Goreng dengan sedikit minyak hingga kuning keperangan.


Friday, February 4, 2011

Bebola Sardin



Bahan-Bahan:
1 tin kecil sardin (asingkan kuahnya)
2 biji telur
2 keping roti (disiat kecil-kecil)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara:
Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yan disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Sedap dimakan bersama sos atau mayonis. Boleh masukkan hirisan cili merah atau daun bawang dan sup jika suka.

Review:

Puding Roti





Bahan-Bahan:
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur
Cara:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Tofu Telur Ala Cina


Bahan-Bahan:
3 tiub tofu telur
3 ulas bawang putih (diketuk)
½ inci halia (diketuk)
1 sudukecil serbuk lada putih/lada sulah
1 ½ sudu makan sos tiram
½ sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan ½ gelas air)
Garam secukup rasa
Cara:
1. Tofu telur dipotong silinder. Bagi lebih mudah, potong dua dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan kemudian potong kepada 6 bahagian.

2. Goreng dulu tofu secara tenggelam (deep-fry). Apabila tofu tidak lagi melekat dan berwarna keperangan, angkat dan ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak atas api yang sederhana, tumis bawang putih dan halia.

5. Masukkan sos tiram dan kacau.

6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan dengan segera masukkan garam, lada sulah secukup rasa.

7. Kacau kuah supaya tidak menjadi terlalu pekat.

8. Tuangkan kuah keatas tofu yang telah digoreng tadi (Tofu terlebih dahulu disusun dalam pinggan).

Kari ikan Sihat (Tiada Santan)






Bahan-Bahan:
500gm Ikan bawal/lain2 ikan

Bahan a
½ cawan minyak masak
5 ulas bawang merah- dimayang halus
1 ulas bawang putih- dimayang halus
7 helai daun kari
50 gm halba campur

Bahan b
1 paket rempah kari ikan
2 sudu besar serbuk lada
1 cawan air (gaulkan rempah kari dan lada)
100gm asam jawa- dijadikan air asam
secubit garam

Bahan c
7 biji bendi
2 biji tomato- dipotong 4
2 biji cili besar 
Cara:
Panaskan minyak masak,tumiskan bahan a sehingga layu. Masukkan bahan b, kacau perlahan-lahan sehingga pecah minyak.Masukkan ikan, biarkan seketika supaya rempah serap ke dalam isi ikan tersebut sebelum masukkan air sehingga ikan tenggelam.Masukkan bendi. Apabila sudah mendidih, tutup api dan masukkan tomato.
Cadangan Hidangan:
Cili besar untuk hiasan
Tambahan:
Kari ikan ini adalah resepi sihat bagi orang yang pentingkan kesihatan sebab tiada santan digunakan.Selamat mencuba

Bagusnya Cendawan.


BUKAN satu rahsia. Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian. Bayangkan sahaja sup cendawan keju dengan kruton atau dicampur bijirin yang lazat dan berkrim. Sungguh menyelerakan!
Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan. Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau. Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis. Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami. Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser. Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden. ‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.

‘‘Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion),” ujar Powell.

Anak kelahiran United Kingdom (UK) ini turut menyampaikan ceramah bertajuk Khasiat Cendawan dalam Pengawalan Kanser kepada para pengamal perubatan tradisi Cina, anjuran Bio-Life, sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam penjagaan kesihatan secara semula jadi.

Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.

Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England.

Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden.

Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.

Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.

‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser.

‘‘Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.

Berulang

‘‘Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,” katanya.

Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut.

Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit.

‘‘Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang’, tujuh emosi. Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan.

‘‘Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan,” jelas beliau.

Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi).

Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.

Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu:

‘‘Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.

‘‘Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.

‘‘Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”

Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun.

MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan.

Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium.

Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor.

Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.

‘‘Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.

‘‘Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell.

Basic Health



To achieve optimum health, we need to eat and drink for our body cells.

Our bodies are made of 72% water, our brain is made of 60% fat, and 5% of our bodyis the mineral.

Every day our bodies will go through the process of oxidative digestion of food andfuels for energy and carbohydrates, the formation of free radicals and lead to aging orcell damage.

So to keep our bodies stay healthy, we need in our food the following five principles: -


  • natural form of water (hexagonal) and energetic
  • mineral (trace and macro)
  • oils or fats (MCFA and omega 3)
  • antioksiden
  • Immune IQ

MEMUJUK HATI




Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.
Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh
cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda
kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak
,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.

10 RECIPIES SECRET LOVE:





1. The strength of thought
Love starts from our thoughts. Think about your ideal partner who wants to know will help you recognize him, when you finally meet the right person.


2. Strength in honor of
You can not love someone or whatever if you do not respect them. The first person you should respect is yourself. To begin to respect ourselves, we should ask ourselves "what I respect in me?". To get a sense of respect from others, even from people you do not like, we should ask ourselves. "What I respect that in them? ". 



3. The power to give
If you want to receive love, you should be able to give it first. The more love you give, the more you will receive. Loving means giving the same genuine love for yourself.Learn to perform a variety of advantages. Secret formula for creating a happy relationship, full of love, and eternal is to always think "What can I give?" And not what would I be? ".


4. The strength of friendship
To find true love, you must find a true friend first. Does not mean you love each other eyes view, but more meaningful with - the same look to a destination. To love someone fully, you must love his personality, not physical. Friendship is the soil where the seeds of love can grow. If you want to bring love into a relationship, you must create a friendship first. 



5. The power of touch
Touch is one of the most powerful expression of love, destroy the dividing wall and consolidate a relationship. Touch makes us more able to feel the vibration of love that fact. But Islam forbids us contact-touch when making love, the power is focused on the husband and wife ..


6. The strength to let go
"If you love someone, let him. If he is returned to you, then he is yours. If not, then he will never be yours. " Even in romantic relationships, one needs the space for himself.If we want to learn to love, first we must learn to forgive and forget the bad past and the anguish of our hearts. Loving means releasing fear, distrust, and ego. "Today I removed all my fears, the past will not be mempengaruhiku-day is a new chapter of my life." 



7. Strengths in communication
When we learn to communicate openly and honestly, then life changed. To love someone means to communicate with him. Let people know you love that you love and appreciate them. Do not be afraid to say the three magic words: "I love you." Do not miss the opportunity to say it to him. Always leave someone you love with words - the word friendly, because it may be the last day you see them. For example, if you will die, but given the chance to call the person you love, who will phone you, what would you say and why you now wait? 



8. The strength of commitment
If you want to get rich in love, you should be able to create commitment, and commitment will be reflected in your thoughts and actions. Commitment is the test of true love. If you want to have a loving relationship, you must be loyal our relationship with it. When you are dependent on the commitment of a person, not an option to stop love. Commitment to distinguish between the relationship disintegrates, with a strong relationship. 



9. The strength of spirit.
Spirit, burning love and let love live. The spirit that continues to flare, not only from physical attraction, but comes from the commitment, desire, and mutual interest. The spirit can be recreated by imagining a beautiful time in the past with it. Spontaneous and shock to create a spirit of love. Tree of love and happiness are always the same that we have to do is fill in the day - the day we eagerly .. 



10. The power of trust
Confidence has always been an important component in a relationship. Without trust, a person can become suspicious, anxious, and takutdan others will feel trapped and emotionally menjaditertekan. You can not love someone completely intact until you believe it anyway. Be like - will your relationship with someone you love will not end.One way to know whether someone is right - right for you, ask for yourself "Do I really - really believe it wholeheartedly?" If the answer is "no", then you should think deeply before you make a further commitment of